Tuesday, February 17, 2009

Air Asia.....(1)


  1. Sejak terlepas penerbangan dengan Air Asia dari Shanghai ke Kuala Lumpur pada awal Januari 2009, taip taip hari saya memikirkan untuk menulis sesuatu tentang Air Asia.

  2. Lawatan kami seramai 6 orang bermula dengan MAS dari Kuching-Kuala Lumpur-Beijing. Beijing-Shanghai dengan Southern Airlines. Shanghai-Kuala Lumpur-Kuching pula kami telah confirm dengan Air Asia. Ticket Kuala Lumpur-Kuching pula dibeli "online" sehari sebelum jadual Shanghai-Kuala Lumpur.

  3. Oleh kerana jadual penerbangan ialah 2.30pm, maka kami pun "check-out" dari hotel pada pukul 10.00 pagi dan mengambil teksi ke airport. Apaabila sampai, kami pun terus mencari kaunter daftar masuk untuk Air Asia.

  4. Apabila tak jumpa, maka kami pun pergi ke "Information Counter". Bila sebut saja nama Air Asia... dua pekerja dikaunter melihat sesama sendiri, dan seorang "Mat Salleh" disitu pu tersenyum.... pekerja dikaunter pun memberitahu bahawa kami disalah airport.

  5. Airport yang sepatutnya kami pergi ialah Hangzhou.... 180 kilometer dan 3 jam perjalanan. Ia berada di "Province" yang lain.

  6. Terkejut.. bingung.. dan tahu tak akan sempat untuk sampai ke Hangzhou Airport sebelum penerbangan.... saya terus talipon dengan rakan di Kuching untuk berhubung dengan Air Asia.... dan kami diberitahu bahawa kami kena beli ticket yang baru untuk penerbangan seterusnya dari Hangzhou-Kuala lumpur dan juga Kuala Lumpur ke Kuching.. lebih kurang sebanyak RM6,000.

3 comments:

  1. Sad story indeed..... Stay with MAS if I were you, he he he....

    ReplyDelete
  2. My..my... Cruelity and miscarriage information by AAsia. Anyway... take cue.

    ReplyDelete