Saturday, February 14, 2009

Exercise

  1. Baru balik berbasikal pusing sekeliling kampung..."exercise"..ada kawan kata dia dah tak ada kencing manis lepas turunkan berat badan dengan berbasikal....berbasikal lebih baik dari "jogging" kerana umur dan berat badan kita..
  2. Jadi dah beli basikal dan "helmet", siap dengan lampu depan dan belakang...yalah nak "exercise" waktu malam..
  3. Isteri dan kawan kawan tidak yakin saya akan "serious" dengan "exercise" ini...jadi seorang kawan bagi satu insentif...jika saya dapat turunkan berat badan saya dari 91kg ke 78kg dalam masa 2 bulan, ia akan membayar balik harga basikal itu...insentif wang!!!!!
  4. Itulah kita manusia....bila ada insentif wang, barulah kita lakukan sesuatu...wang itu nampak jelas dengan mata dan ..."liquid"...yang kita tak nampak dengan jelas seperti berbasikal akan memberi kesihatan yang baik...tidak dapat menjadi insentif yang boleh mendorongkan kita untuk melakukan sesuatu..
  5. Tapi nasib saya baik..kerana kawan yang bagi insentif wang itu ikhlas...beri insentif wang kerana benar benar hendak saya mempunyai kesihatan yang baik....jadi saya terima insentif wang itu..

2 comments:

  1. u r 1 lucky fella... u have nice friends...

    ReplyDelete
  2. My friend! My friend! Can you pass the bike and helmet to me once you reached your target? This is another one of those human nature thingy...they always expect freebies! Duh!

    ReplyDelete